Masa mula-mula baca, ingat kes khalwat orang biasa-biasa je, rupanya yang ditangkap ni merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi model kelahiran Mongolia iaitu Altantuya Sharibuu beberapa tahun yang lepas.
Azilah telah ditangkap khalwat sekali lagi selepas disyaki bersekedudukan dengan isteri orang di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor awal pagi tadi. Tak serik betul.
Baca laporan berikut:-
Sepang – Bekas pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri ditahan semalam bersama pasangannya yang juga merupakan isteri orang atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor, awal pagi tadi.
Azilah yang masih bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.
Menurut laporan polis yang dibuat suami Musliha, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil.
Ketika kejadian, ketiga-tiga anak Musliha sedang tidur.
Azilah dan Musliha telah diserahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.
Beliau sebelum ini merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi penterjemah dan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah Rayuan sebelum ini melepas dan membebaskan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

No comments:
Post a Comment